1 . Cara-cara melakar sebiji bola tanpa tekstur dengan efek cahaya , ambil sebiji bola tanpa corak/kosong dan letak di atas meja, kemudian pilih komposisi yang anda ingin lukis, saya akan menunjukkan cara melukis bola dari pandangan sisi.
Mula-mula lukis bulatan seperti ini, pastikan buat bulatan secara natural, jangan paksa tangan anda untuk melakar, ikut kata hati dan lakar, ok. Lakaran haruslah dilakukan dengan penuh keyakinan. jangan was was. Ini cuma langakah pertama dan banyak lagi yang perlu anda pelajari seterusnya bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak untuk membuat lakaran(drawing).
2 . Setelah anda siap melakar bentuk bulatan yang anda lihat tersebut, kemudian cuba lihat cahaya datang dari arah mana. Buat atu garisan untuk menetapkan kawasan bayangan bola tersebut. Pastikan ianya bertentangan dari arah cahaya yang anda inginkan.
3.Cahaya dan bayang SANGAT penting untuk menimbulkan sesuatu lakaran yang ingin kita hasilkan. Untuk menjadikan ianya lebih menarik cuba buat garisan-garisan pada latarbelakang objek itu. Tak kira sama ada anda ingin buat garisan ataupun gelapkan sedikit dengan cara anda.
4 . Sebelum anda membuat lakaran warna menggunakan pensil hitam, anda perlu tahu teknik dari pewarnaan gelap kepada terang. Gunakan pensil 4b atau 5b, ini dinamakan shading, di kawasan gelap anda perlu tekanan yang kuat dan kasar kemudian diikuti engan tekanan tangan yang sederhana supaya perubahan warna itu dapat dilihat dari gelap ke terang, di kawasan terang anda perlu mengurangkan daya tekanan pensil yang anda pegang supaya nampak macam warna kelabu contoh seperti di sebelah. Anda perlu melakukan latihan ini berulang ulang kali supaya anda mahir dengannya.
5 . Kita sambung semula membuat bola ini, gelapkan kawasan bayang bola tersebut, pastikan kegelapan bayang dibawah bola itu lebih gelap. Pastikan lagi sekali bayang itu betul dari arah cahaya, saya rasa anda boleh membuat lakaran-lakaran seperti ini sambil anda duduk di haapan komputer ya..mudah sekali ya.
6 . Sekarang anda telah dapat melihat kegelapan bayangan yang anda buat. Saya mengajar membuat bayang dahulu sebelum menimbulkan objek kerana ingin mendapat ketepatan arah cahaya yang datang
7 . Sekarang tiba untuk kita menimbulkan objek bola tersebut, gelapkan dari arah tepi bahagian yang yang berlawanan deengan cahaya.
8 . Seterusnya daya tekanan pewarnaan yang anda buat perlu dikurangkan sehingga di kawasan yang terkena cahaya.
9 . Sekarang perhaluskan lakaran anda sehingga objek tersebut timbul, saya pasti anda boleh melakukannya. Kini anda dah dapat melukis sebiji bola atau sphere dalam bentuk 3 dimensi. Lakukan latihan ini berulang-ulang kali sehingga anda menguasai teknik ini.
Wednesday, March 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment