Selamat Datang Ke Blog Saya

Assalamualaikum..Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang telah baca blog saya. Sesiapa yang hendak belajar melukis layarilah blog saya. Blog saya ini menerangkan tentang lakaran,lukisan dan sebagainya. Lakaran ini akan digunakan oleh pelukis-pelukis di sekeliling kita ini. Sekian Terima Kasih.

Wednesday, March 17, 2010

Lakaran

Alat Tulis Dan Keterangan

Alat-alat dan keterangan untuk melukis,mewarna dan sebagainya :

Alat tulis : untuk melukis gambar.

Pensil HB : melakar bentuk yang dilukis.

Pemadam : Padam kesalahan yang dilukis.

Berus warna : mewarna gambar yang dilukis.

Kertas Lukisan : kertas putih yang perlu disediakan untuk melukis.

Teknik Lukisan(Ton Cahaya)

1 . Cara-cara melakar sebiji bola tanpa tekstur dengan efek cahaya , ambil sebiji bola tanpa corak/kosong dan letak di atas meja, kemudian pilih komposisi yang anda ingin lukis, saya akan menunjukkan cara melukis bola dari pandangan sisi.
Mula-mula lukis bulatan seperti ini, pastikan buat bulatan secara natural, jangan paksa tangan anda untuk melakar, ikut kata hati dan lakar, ok. Lakaran haruslah dilakukan dengan penuh keyakinan. jangan was was. Ini cuma langakah pertama dan banyak lagi yang perlu anda pelajari seterusnya bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak untuk membuat lakaran(drawing).

2 . Setelah anda siap melakar bentuk bulatan yang anda lihat tersebut, kemudian cuba lihat cahaya datang dari arah mana. Buat atu garisan untuk menetapkan kawasan bayangan bola tersebut. Pastikan ianya bertentangan dari arah cahaya yang anda inginkan.
3.Cahaya dan bayang SANGAT penting untuk menimbulkan sesuatu lakaran yang ingin kita hasilkan. Untuk menjadikan ianya lebih menarik cuba buat garisan-garisan pada latarbelakang objek itu. Tak kira sama ada anda ingin buat garisan ataupun gelapkan sedikit dengan cara anda.
4 . Sebelum anda membuat lakaran warna menggunakan pensil hitam, anda perlu tahu teknik dari pewarnaan gelap kepada terang. Gunakan pensil 4b atau 5b, ini dinamakan shading, di kawasan gelap anda perlu tekanan yang kuat dan kasar kemudian diikuti engan tekanan tangan yang sederhana supaya perubahan warna itu dapat dilihat dari gelap ke terang, di kawasan terang anda perlu mengurangkan daya tekanan pensil yang anda pegang supaya nampak macam warna kelabu contoh seperti di sebelah. Anda perlu melakukan latihan ini berulang ulang kali supaya anda mahir dengannya.

5 . Kita sambung semula membuat bola ini, gelapkan kawasan bayang bola tersebut, pastikan kegelapan bayang dibawah bola itu lebih gelap. Pastikan lagi sekali bayang itu betul dari arah cahaya, saya rasa anda boleh membuat lakaran-lakaran seperti ini sambil anda duduk di haapan komputer ya..mudah sekali ya.

6 . Sekarang anda telah dapat melihat kegelapan bayangan yang anda buat. Saya mengajar membuat bayang dahulu sebelum menimbulkan objek kerana ingin mendapat ketepatan arah cahaya yang datang

7 . Sekarang tiba untuk kita menimbulkan objek bola tersebut, gelapkan dari arah tepi bahagian yang yang berlawanan deengan cahaya.

8 . Seterusnya daya tekanan pewarnaan yang anda buat perlu dikurangkan sehingga di kawasan yang terkena cahaya.

9 . Sekarang perhaluskan lakaran anda sehingga objek tersebut timbul, saya pasti anda boleh melakukannya. Kini anda dah dapat melukis sebiji bola atau sphere dalam bentuk 3 dimensi. Lakukan latihan ini berulang-ulang kali sehingga anda menguasai teknik ini.

Sembang-Sembang

aku sekadar ingin berkongsi setakat yg reti, bgmana teknologi boleh dimanipulasikan untuk memudahkan penghasilan komik. mungkin (mungkin... gue bilang mungkin!!) dengan cara ini dapat meminimakan masa, menepatkan sudut kamera, lighting & perspektif malah mencantikkan (iye ke?) sesebuah penghasilan komik. cuma kerahkan segala bakat (atau mungkin teknikal?) yang ada dlm diri masing2, atau pelajari sesuatu yg tak mungkin akan merugikan. ini contoh komik yg aku nak buat (duhhh... nggak usah disoalin kapan usainya, dong!)... cuma eksperimentasi, atau sejujurnya pasal aku malas nak sketch (haha!). asalnya aku nak buat storyboard untuk short film, tapi aku rasa ada manfaatnya juga kalau aku realisasikan semua ni dulu dlm bentuk komik.aku just modelkan dari basic form, set camera & lighting serta render 2d mode pakai 3ds max. lepas tu susun panel pakai photoshop. lepas ni cuma print dan detailkan atas kertas dgn cara tekap atas lightbox... atau sudahkan juga secara digital menggunakan wacom & flash etc (ada sedikit sample yg aku trace bodo 15 minit guna flash). Antara lakaran yang sudah siap :










Tuesday, March 16, 2010

Cara Melukis

Hendak belajar melukis kita mestilah menyediakan pensil, pen, berus, kala kayu, kala air dan sebagainya. Untuk membuat lakaran kita mestilah menggunakan pensil HB kerana kalau salah boleh padam dengan bersih. Lakaran mesti ada pada diri pelukis dan pelukis wajib tahu yang lakaran ini penting dalam hidupnya. Pelukis janganlah berputus asa dengan apa yang mereka buat. Pelukis hendak mengikut disiplin seperti masa anda melukis anda hendaklah melakar dulu sebelum melukis. Antara langkah-langkah melukis muka :



Langkah 1 : Lakar bentuk muka dan buat garisan tegak dan melintang dalam muka yang anda lukis itu.

Langkah 2 : Membuat bentuk mata, hidung dan mulut dalam pada bentuk muka.

Langkah 3 : Menambah rambut, biji mata, dan sebagainya.


Langkah akhir : Akan menjadi muka orang yang dilukis.

Selamat Datang Pelukis

Assalamualaikum kepada pelukis. Blog saya akan mengajar kamu tentang lukisan, cara-cara melukis, disiplin melukis, alat-alat lukisan yg perlu disediakan dan sebagainya. Blog saya akan jadikan anda pelukis yang mahir dalam lukisan. Terima kasih kepada pembaca yang telah baca blog saya. Assalamualaikum...